1 Teguh mengejar impian Azanin Ahmad Pendahuluan Cerita ini berkisar tentang suka-duka perjalanan PhD yang ditempuhi sebagai seorang pelajar, isteri, ibu, pekerja, anak, menantu dan juga kakak. Banyak ibrah yang aku temui dan pastinya menjadi kenangan dan...
More
1 Teguh mengejar impian Azanin Ahmad Pendahuluan Cerita ini berkisar tentang suka-duka perjalanan PhD yang ditempuhi sebagai seorang pelajar, isteri, ibu, pekerja, anak, menantu dan juga kakak. Banyak ibrah yang aku temui dan pastinya menjadi kenangan dan pedoman untuk kehidupanku mendatang. Semestinya, segala yang terjadi adalah takdir terbaik untukku atas ketentuanNya. Aku titip kenangan ini untuk pembaca yang mencari inspirasi dan kekuatan dalam menempuhi perjalanan sebagai mahasiswa. Selain itu, aku gembira untuk berkongsi tentang satu ilmu baru yang sangat memberi makna sepanjang perjalanan memburu PhD. Mendaftar PhD semasa berpantang Tanggal 11 Febuari menjadi detik indah buat kami sekeluarga apabila kehadiran puteri kedua menambah seri kami semua. Namun disebalik kegembiraan ini, aku ada misi penting iaitu memulakan pengajian PhD yang menjadi idaman selama ini. Hari ke-23 berpantang, ditemani suami dan beg pum susu, aku mendaftar sebagai pelajar dengan bengkung dan ubat bersalin
Less