NOVEMBER 2012 18 Isu Kesihatan Hati ialah organ yang terbesar dan paling banyak fungsi di dalam badan manusia, ia juga merupakan organ metabolisme yang terpenting. Sebelum manusia dilahirkan, organ hati sudah mula menghasilkan darah supaya badan dapat...
More
NOVEMBER 2012 18 Isu Kesihatan Hati ialah organ yang terbesar dan paling banyak fungsi di dalam badan manusia, ia juga merupakan organ metabolisme yang terpenting. Sebelum manusia dilahirkan, organ hati sudah mula menghasilkan darah supaya badan dapat berfungsi secara normal. Hati digelar sebagai “kilang” badan manusia, ia melaksanakan pelbagai fungsi seperti menjana, menyimpan dan menguraikan pelbagai bahan. Semasa kita menjalankan sesuatu aktiviti, organ hati akan membantu kita mengeluarkan tenaga, misalnya semasa kita makan, hati akan mengeluarkan jus pencernaan; semasa kita membaca atau menulis, hati mengeluarkan vitamin yang membantu daya penglihatan; pendek kata hampir setiap aktiviti yang kita lakukan memerlukan bantuan hati. Fungsi Hati: 1) Menghasilkan protein: Protein di dalam makanan yang telah dihadamkan dan diurai menjadi pelbagai asid amino dihantar ke hati, dan hati pula bertanggungjawab mengubah dan memproses semula asid amino tersebut untuk menjadi protein badan manusi
Less