1
Perbezaan Takwim Hijrah dan Takwim Gregorian
Oleh Nur Azura binti Kiban
Pengenalan
Saban tahun, 1 Januari adalah hari – hari yang ditunggu-tunggu oleh sebilangan umat
manusia untuk menyambut tahun baru manakala tanggal 1 Muharram merupakan tahun baru
yang...
More

yang dinantikan oleh umat Islam. Tahun silih berganti pelbagai musim perayaan yang
berbeza agama kita lalui,namun pernahkah kita memikirkan asal usul kewujudan dan sejarah
perkembangan kalendar atau takwim walaupun kewujudannya melangkau beratus tahun
yang lalu. Justeru itu, apakah maksud kalendar atau takwim?
Secara umumnya, kalendar atau takwim boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan
waktu atau sistem susunan masa yang membahagikan tahun menjadi bulan, bulan menjadi
minggu dan minggu menjadi hari1
.Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan
kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan.Pada masa ini, terdapat dua takwim yang
digunakan iaitu takwim Hijrah dan takwim Gregorian2
.Dari segi pengiraan takwim Hijrah
Less